
Namun, bila kaki melangkah dari bilik kerja ini, damai juga rasanya. Bilik Kaunseling yang dah aku 'touch-up'kan, tempat anak-anakku bermain, jadi nakal dan memanggil ku sering..."cikgu"
Ini dah minggu kelapan. Cepatnya masa berlalu. Serasa baru nak berkenalan dengan murid, dengan sekolah, dengan cikgu. Tolak 2 minggu, ada lagi 2 minggu untuk praktikum. Dan, ada 2 lagi program belum dilaksanakan. Haish, sempatkah?
"Azian, awaklah orang pertama yang cakap tempoh untuk praktikal ni tak cukup. Selalu orang kata nak habis cepat"
"Kak, dalam masa 12 minggu ni, dengan pelbagai perkara yang nak saya buat, memang tak sempat"
-----------------------
::12 minggu = 3 Bulan::
Minggu kelapan ni, banyak sebak yang dirasa. Tengok budak-budak. Keletah mereka, senyum, tangis dan pelbagai lagi kisahnya. Ada yang pagi-pagi dok tunggu kita di pagar sekolah, siap iring ke bilik kaunseling. Setianya hingga ke rumah, sebab kami duduk di taman yang sama ;)
Itulah adik yang amat rapat dengan aku. Balik, dia teman juga. Ada masa rasa terkongkong dengan kehadiran budak sorang ni sebab dia suka mengekor ke mana aja. Tapi, sebentar bila adik takde, hati rasa sangat rindu -_-
2 minggu lalu di kejohanan sukan, aku sakan bersorak untuk murid-murid bersama geng sorak SKSE. Memang sangat mengujakan. Di khemah peserta, bagi semangat, kongsi kerisauan. Ya Allah, cukup indahnya duniaku.
Ada Raihan, raja pecut kami. Ada Aiman, si nakal. Ada Nabila yang cekal. Duniaku sangat bermakna.
Sekilas itu, teringatkan anak-anak murid yang pernah bersama. Di Pos Poi sana, di SK Gangsa, aku benar-benar kerinduan...
-----------------
Aku tak tahu nak gambarkan perasaan ini. Yang aku tahu, kala aku penat bekerja dengan pelbagai kisah dunia dewasa, di tepi dan kelilingku ada anak kecil yang petah bicara. Ada anak kecil yang menghibur rasa. Ada mereka yang buat aku sangat bebas berlipurlara.
Keramatnya hidup seorang guru. Cita-citaku yang cukup hemat aku patri sejak zaman sekolah, aku gapainya kini. Alhamdulillah. Teringat Amy kata "kau berjaya capai cita-cita sejak sekolah dulu". Terima kasih kawan, sebab selalu perhatikan aku.
Terima Kasih Allah. Perasaan yang tak terungkapkan. Ianya benar-benar dalam di lubuk sana. Penuh cinta, penuh kasih, setulusnya.
~Semoga yang manis-manis ini berupa kenangan dan pengalaman selamanya...~
1 comment:
bila buat baik, pasti di balas baik. oleh sapa, jangan tanya. :)
all the best along. bestkan bila boleh buat apa yang kita betul2 seronok. :)
Post a Comment